daun

Thursday 8 November 2012

TAHUKAH ANDA???

Kucing boleh menjadi pemburu maut dan suka menyelinap. Apabila ia berjalan, kaki belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki hadapan sebelumnya. Ini akan mengurangkan bunyi ke tahap menimum dan menghadkan kesan yang boleh dilihat.


Anjing mempunyai deria hidu yang luar biasa. Ia mampu membezakan bauan dalam tumpuan hampir 100 juta kali lebih rendah daripada manusia lakukan.


Harimau merupakan perenang yang bagus dan boleh berenang hingga 6 kilometer. Harimau putih yang jarang dijumpai mempunyai baka yang hanya ada dalam kira-kira 1 dalam setiap 10000 harimau.


Seekor anak jerung yang baru lahir telah bersiap sedia untuk menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung akan meninggalkan anaknya untuk menjaga dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat melarikan diri sebelum ibunya cuba memakannya.


Cheetah adalah satu-satunya kucing besar yang tidak boleh mengaum. Ia boleh berkeruh dan biasanya berkeruh paling kuat apabila ia membersihkan diri atau duduk berdekatan dengan cheetah lain. Cheetah tidak boleh memanjat pokok dan mempunyai penglihatan yang kurang baik pada waktu malam.


Waktu minum adalah waktu yang paling berbahaya bagi zirafah kerana semasa ia minum, ia tidak dapat melihat dan mencegah penyerang dan dari itu ia mudah diserang. Walaupun leher zirafah berukuran 1.5 hingga 1.8 meter, ia mengandungui bilangan vertebrata yang sama seperti leher manusia.


Gajah adalah mamalia darat yang paling besar di dunia. Gajah boleh berenang dengan menggunakan belalainya untuk bernafas. Gajah tidak mempunyai sifat penyerang semula jadi.


Kuda dan lembu tidur sambil berdiri.


Belut elektrik boleh mengeluarkan kejutan elektrik kira-kira 500 volt untuk perlindungan diri dan pemburuan.




9 comments:

  1. Terima kasih cikgu . Saya sudah faham apa yang cikgu ajar :)




    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu . Saya faham apa yang cikgu ajar .

    ReplyDelete
  3. Cikgu boleh menerangkan tentang constellations ? Saya tidak berapa faham . Terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih cikgu . Boleh menerangkan di mana kejadian gunung berapi ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Alia. Nanti cikgu terangkan :)

      Delete
  5. cantik blog cikgu :)

    ReplyDelete
  6. Cantik blog..tahniah

    ReplyDelete
  7. Tahniah. Teruskan mengemaskini blog cikgu.

    ReplyDelete