daun

Monday, 3 December 2012

astro tutorTV

Assalamualaikum semua.
Ada antara kamu yang  berjumpa cikgu dan memberitahu agak boring semasa cuti sekolah kerana tiada aktiviti yang menarik untuk dilakukan.betul tak??

Oleh itu, apa kata murid- murid sekalian cuba untuk melayari Astro TutorTV



Tapi ingat ya!

Murid-murid perlu mendaftar terlebih dahulu untuk mengakses website itu.

Selamat bercuti sambil bergembira!

koleksi soalan sains

Inginkan soalan- soalan Sains UPSR dari tahun-tahun sebelum??
Anda boleh muat turun di sini.



Soalan Sains UPSR 2002
Bahagian A (klik sini)
Bahagian B (klik sini)


Soalan Sains UPSR 2003

Bahagian A (klik sini)
Bahagian B (klik sini)


Soalan UPSR sains 2004

Bahagian A (klik sini)
Bahagian B (klik sini)

Soalan UPSR Sains 2005
Bahagian A (klik sini)
Bahagian B (klik sini)

Soalan UPSR Sains 2006
Bahagian A (klik sini)
Bahagian B (klik sini)

selamat mencuba!

Thursday, 8 November 2012

TAHUKAH ANDA???

Kucing boleh menjadi pemburu maut dan suka menyelinap. Apabila ia berjalan, kaki belakangnya hampir memijak tepat pada bekas tapak kaki hadapan sebelumnya. Ini akan mengurangkan bunyi ke tahap menimum dan menghadkan kesan yang boleh dilihat.


Anjing mempunyai deria hidu yang luar biasa. Ia mampu membezakan bauan dalam tumpuan hampir 100 juta kali lebih rendah daripada manusia lakukan.


Harimau merupakan perenang yang bagus dan boleh berenang hingga 6 kilometer. Harimau putih yang jarang dijumpai mempunyai baka yang hanya ada dalam kira-kira 1 dalam setiap 10000 harimau.


Seekor anak jerung yang baru lahir telah bersiap sedia untuk menjaga dirinya sendiri. Ibu jerung akan meninggalkan anaknya untuk menjaga dirinya sendiri dan anak itu biasanya cepat melarikan diri sebelum ibunya cuba memakannya.


Cheetah adalah satu-satunya kucing besar yang tidak boleh mengaum. Ia boleh berkeruh dan biasanya berkeruh paling kuat apabila ia membersihkan diri atau duduk berdekatan dengan cheetah lain. Cheetah tidak boleh memanjat pokok dan mempunyai penglihatan yang kurang baik pada waktu malam.


Waktu minum adalah waktu yang paling berbahaya bagi zirafah kerana semasa ia minum, ia tidak dapat melihat dan mencegah penyerang dan dari itu ia mudah diserang. Walaupun leher zirafah berukuran 1.5 hingga 1.8 meter, ia mengandungui bilangan vertebrata yang sama seperti leher manusia.


Gajah adalah mamalia darat yang paling besar di dunia. Gajah boleh berenang dengan menggunakan belalainya untuk bernafas. Gajah tidak mempunyai sifat penyerang semula jadi.


Kuda dan lembu tidur sambil berdiri.


Belut elektrik boleh mengeluarkan kejutan elektrik kira-kira 500 volt untuk perlindungan diri dan pemburuan.




Tuesday, 6 November 2012

KITARAN HIDUP RAMA-RAMA


Bentuk telur rama-rama adalah sangat kecil, bujur atau berbentuk silinder, mempunyai sangkar yang sangat halus dan lain-lain struktur mikroskopik. Rama-rama betina bertelur di daun, batang tumbuhan atau objek-objek yang lain. Selalunya ia akan bertelur pada atau berhampiran dengan sumber makanan untuk beluncas.

telur rama-rama pada daun

Beluncas (larva) adalah panjang, peringkat yang kelihatan seperti cacing. Beluncas selalunya mempunyai corak-corak jalur atau tompok yang menarik dan juga mempunyai rerambut halus seakan-akan duri. Pada peringkat ini, ia banyak mendapatkan makanan untuk proses tumbesaran. Sepanjang proses tumbesaran, ia menanggalkan kulit yang membaluti badannya sebanyak 4 kali atau lebih.

beluncas

Pupa adalah peringkat transformasi dalaman beluncas dimana tisu-tisu beluncas mengalami penggantian. Pupa berbentuk seperti struktur serangga dewasa. Pupa selalunya berwarna jingga atas hijau dan ia sama dengan warna persekitaran.

beluncas menjadi pupa

Peringkat dewasa atau dikenali sebagai imago merupakan rama-rama atau kupu-kupu yang berwarna warni. Ia adalah peringkat reproduktif dan boleh bergerak bagi spesis rama-rama. Pada peringkat ini, ia melalui proses memikat, mengawan dan seterusnya bertelur. Peringkat ini juga membolehkan ia bermigrasi atau bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain.


Lihat video di bawah :